Astronomi & Kosmologi, Berita Sains, Fizik Moden 0

Penantian 100 tahun relativiti Einstein berakhir 11 Februari 2016?

sa

Pada tahun 1915, Albert Einstein telah menghasilkan teori relativiti umum beliau. Dalam teorinya, beliau telah meramalkan kewujudan gelombang graviti iaitu gangguan yang terdapat pada struktur ruang dan masa. Sejak daripada  tahun 1915 sehinggalah pada tahun 2015 (100 tahun) gelombang yang dimaksudkan belum pernah dikesan oleh penyelidik.

Namun, tahun 2016 ini mungkin tahun perubahan. Ia adalah tahun hujan bagi kemarau 100 tahun teori Einstein. Ini kerana (berita baik) gelombang yang dicari selama ini mungkin telah di temui buat kali pertama, dan bakal diumumkan pada 11 hb Februari 2016, esok! Jika benar, maka ia adalah penemuan baru yang belum pernah berlaku sebelum ini. Sesiapa sahaja yang menjumpainya pasti dianugerahkan hadiah nobel.

Jika dibuktikan betul, ia petanda yang baik kepada para penyelidik di seluruh dunia bahawa manusia berada di jalan yang betul dalam kajian mereka mengenai alam ini. Sebaliknya jika gagal, saintis perlu mengkaji semula teori yang mereka gunakan selama ini untuk menerangkan graviti ataupun menaik taraf lagi pusat kajian Laser Interferometer for gravitational Wave Observatory (LIGO) yang digunakan untuk mengesan gelombang graviti. Pusat penyelidikan LIGO ini dikendalikan seramai 1,500 orang pakar penyelidik daripada 15 buah negara berbeza.

Jadi, apa sebenarnya gelombang graviti ini? Menurut ahli fizik daripada Universiti Columbia, Szabi Marka, “Gravitational waves are ripples in the fabric of space-time, predicted by Einstein 100 years ago. They can be created during the birth and collision of black holes, and can reach us from distant galaxies.”

Menurut Marka lagi, beliau dan para penyelidik lain telah berkecimpung dalam bidang ini selama 15 tahun, dan pada saat ini belaiu menerangkan, “these are very exciting and busy times for all of us.

Blackhole ataupun lohong hitam adalah objek yang mempunyai tarikan graviti terkuat di alam ini. Jika terdapat 2 lohong hitam yang bertembung antara satu sama lain, ia menghasilkan ledakan gelombang graviti yang boleh dikesan oleh para penyelidik dari bumi.

Selain lohong hitam, pertembungan di antara bintang neutron ataupun letupan besar bintang supernovae juga boleh menghasilkan gelombang graviti. Namun, malangnya tidak pernah dalam sejarah sains ia dikesan secara langsung malah oleh peralatan tercanggih dan termaju di abad ini.

Sehingga sekarang, jawapannya belum pasti. Samada gelombang ini benar-benar wujud atau tidak, ia hanyalah mungkin ya dan tak dalam masa yang sama. Sebab itu 11 Februari 2016 adalah tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh semua pencinta sains seluruh dunia! Kita akan tahu adakah perbelanjaan sebanyak 1 bilion dolar AS dengan kajian yang telah bermula sejak tahun 2002 itu benar-benar berbaloi atau tidak. 

Peralatan LIGO yang digunakan sekarang adalah versi termaju daripada sebelumnya dimana kerja-kerja menaik taraf dari versi sebelumnya telah dilakukan. Ia sangat sensitif dan mampu mengesan sebarang getaran yang berlaku pada ruang walau sekecil mana sekalipun. Menurut Marka, “much smaller than the size of the atoms the detector is built of”.

Setelah dinaik taraf, LIGO mula beroperasi semula pada bulan September 2015 dan pada 12 Januari 2016 kerja-kerja mengesan telah ditamatkan dan kini tibalah masanya para penyelidik meneliti dapatan kajian mereka dan keputusannya adalah pada 11 Februari 2016. Ketika bercakap dengan TechInsider menerusi telefon, Marka walaubagaimana pun tidak menafikan mahupun mengiyakan sebarang khabar angin yang kononnya LIGO telah berjaya mengesan gelombang graviti tersebut. Menurutnya, “We are prohibited

Khabar angin tersebut datang antaranya menerusi ahli fizik dari University McMaster bernama Cliff Burgess yang menyebarkan sebuah emel kepada rakan-rakan fiziknya yang lain. Menurut Burges, emel beliau mungkin telah di “screen shot” oleh salah seorang pelajarnya yang kemudian memuat naik ke laman sosial twitter. Dan seperti yang dimaklumkan oleh Tech Insider, Burges sendiri tidak menafikan emel tersebut adalah emel daripada beliau. Berikut adalah apa yang beliau tulis : gravitational-waves-cliff-burgess-woohoo-email

Jika sumber Burges adalah benar, maka LIGO telah berjaya mengesan gelombang graviti yang bergerak dengan kelajuan cahaya, c dimana sumber gelombang tersebut datangnya daripada 2 buah lohong hitam yang berlaga dimana setiap satunya mempunyai jisim 30 kali ganda lebih berat daripada matahari. Menurut Burges lagi, “If this is true, then you have 90% odds that it will win the Nobel Prize in Physics this year.”

Tapi, ia belum pasti sebelum ia benar-benar dipastikan. 11 Februari, esok adalah jawapannya. Tunggu

 Sumber : techinsider, new scientist, science alert

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

No Comments

Leave a reply