Sains Fizik 0

Apakah maksud superkonduktor?

Capturef

Superkonduktor adalah sejenis bahan yang boleh mengalirkan elektrik tanpa mendapat sebarang rintangan. Perkara ini berlaku apabila sesuatu bahan itu disejukkan ke tahap kesejukan melampau dipanggil sifar mutlak (absolute zero). Apabila ini berlaku, elektron-elektron akan saling berpasangan justeru membolehkan tenaga elektrik mengalir dalam kadar efisien yang sangat sempurna.

Superkonduktor adalah teknologi masa hadapan dan banyak keunggulan menunggunya untuk dieksploitasi ke dunia komersial. Namun, superkonduktor tidak semestinya perlu disejukkan sehingga ke  sifar mutlak. Kerana terdapat juga bahan-bahan tertentu yang mampu mencapai superkonduktor tanpa disejukkan terlebih dahulu ke suhu melampau. Ia dikenali juga sebagai high-temperature superconductivity. Malah pada tahun 2014, saintis telah berjaya menghasilkan fenomena superkonduktor pada suhu bilik!

Walaupun saintis berjaya menghasilkan superkonduktor ini pada suhu yang lebih tinggi daripada sifar mutlak, namun mereka tidak tahu kenapa dan bagaimana ia boleh berlaku. Tidak ada siapa di dunia ini dapat menerangkan kenapa?

Baru-baru ini, penyelidik daripada University of Waterloo, Canada telah membuat hipotesis mengapa superkonduktor boleh berlaku pada suhu yang tinggi. Menurut mereka ia disebabkan oleh “electronic nematicity”, di mana ia berlaku apabila elektron tersusun dalam bentuk-bentuk tertentu katalah dalam bentuk jalur ataupun grid. Menurut ketua penyelidiknya, David Hawthorn,” It has become apparent in the past few years that the electrons involved in superconductivity can form patterns, stripes or checkerboards, and exhibit different symmetries – aligning preferentially along one direction”.

Hawthorn dan kumpulan penyelidiknya mendapati bentuk-bentuk ini menggunakan sebuah kaedah dikenali sesaran sinaran X (X-ray Scattering) pada sejenis bahan dikenali Cuprates. Cuprates adalah sejenis seramik Kuprum Oksida, dan dikenali sebagai bahan yang terbaik sekali boleh digunakan untuk superkonduktor bersuhu tinggi.

Menurut Hawthorn lagi, “..In this study, we identify some unexpected alignment of the electrons – a finding that is likely generic to the high-temperature superconductors and in time may turn out be a key ingredient of the problem..”

 Sumber : Universiti Waterloo, science alert

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

No Comments

Leave a reply