Berita Sains 0

Apa kesannya jika anda kehilangan 90% organ otak?

 

f

Seorang lelaki Perancis yang kehilangan 90% daripada otaknya masih mampu hidup secara normal, malah sihat pula. Ini menyebabkan saintis mula merenung kembali dari manakah punca kesedaran (consciousness) manusia? Kesedaran manusia, antara perkara yang aneh yang wujud di alam ini. Penyelidik pada awalnya mendakwa kesedaran berpunca daripada otak manusia, namun perkara ini boleh disanggah kerana bagaimana seorang lelaki yang tidak mempunyai 90% organ otaknya masih boleh hidup sihat, dan masih sedar akan apa yang berlaku disekelilingnya?

Sebelum ini saintis mendakwa kesedaran manusia berpunca daripada  sebuah bahagian istimewa otak yang dikenali sebagai claustrum.Namun apabila wujudnya kes seperti individu yang tidak mempunyai sebahagian besar otaknya ini, ternyata hipotesis tersebut adalah salah. “Any theory of consciousness has to be able to explain why a person like that, who’s missing 90 percent of his neurons, still exhibits normal behaviour,” kata Axel Cleeremans, seorang pakar kognitif daripada Université Libre de Bruxelles di Belgium. Dengan kata lain, kawasan tertentu otak tidak berkaitan langsung dengan kesedaran manusia. Sebaliknya menurut Axel Cleeremans, “Consciousness is the brain’s non-conceptual theory about itself, gained through experience – that is learning, interacting with itself, the world, and with other people“. Idea berkenaan hal tersebut telah dilontarkan oleh beliau pada tahun 2011 dan diterbitkan di NCBI dan teori beliau itu dinamakan The Radical Plasticity Thesis.

Bagaimana teori ini boleh menjelaskan kes individu tadi? Menurut Cleeremans, walaupun bahagian otak individu tersebut hanya kecil, sel-sel neuron yang tinggal masih mampu menjana teori berkenaan diri sendiri atau dengan kata lain dia masih mampu sedar dengan setiap perbuatan yang dia lakukan. Perkara ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana saban tahun apabila semakin banyak penyelidikan berkenaan otak dilakukan, saintis mula menyedari betapa fleksibelnya otak manusia.

fx1

Isu mengenai lelaki yang tidak mempunyai 90% organnya  ini telah dikaji sejak tahun 2007 (link) lagi dan sehingga ke hari ini saintis masih lagi kebingungan. Ketika mula dikaji (tahun 2007), lelaki tersebut sedang berusia 44 tahun. Dia mempunyai IQ yang boleh dikatakan rendah iaitu 75, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Walaupun identiti individu tersebut dirahsiakan, penyelidik memberitahu dia hidup seperti manusia normal tanpa sedikit pun terkesan  dengan kehilangan 90% bahagian otaknya. Bahagian tengkorak kepala individu tersebut kini semakin banyak dipenuhi cecair dengan hanya sedikit tisu otak yang masih tinggal. Doktor mendakwa apabila isipadu cecair semakin bertambah ia akan merosakkan tisu-tisu otak yang berbaki dalam tempoh 30 tahun akan datang. Perkara ini dikenali juga sebagai hydrocephalus dalam bidang perubatan.

Sumber : Science Alert, Quartz

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

No Comments

Leave a reply